Monday, December 31, 2018


MEMILIKI JIWA YANG TEPAT
=========================

Ramai yang gemar melontarkan keraguan tentang kemampuan seseorang untuk berpoligami. Golongan seperti ini akan sering melihat syariat poligami sebagai terlalu ketat hingga menakut-nakutkan masyarakat dengan pelbagai status. Golongan ini bukan hanya terdiri dari mereka yang benar-benar anti syariat poligami, malahan golongan agamawan pun turut berkongsi rasa akan payahnya mengecapi nikmat atas amalan yang murni ini. Mereka sering dan suka menonjolkan sisi-sisi gelap poligami bagi maksud memancing perhatian. Sebagai contoh, petikan ayat 129 dari Surah An-Nisa yang berbunyi "Kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil...", akan kerap dieksplotasi bagi menyampaikan maksud bahawa poligami ini begitu STRINGENT untuk dipraktik. Mereka lupa bahawa amalan lelaki memiliki dua jiwa wanita atau lebih ini merupakan amalan ribuan tahun dahulu. Di dalam Al-Quran, perilaku Nabi Ibrahim as bersama dua isteri baginda direkodkan dengan kemas bagi kita mengambil ibrahnya. Mereka juga lupa bahawa syariat monogami juga adalah sesuatu yang amat berat pertanggungjawabannya kalau pelakunya tidak berusaha untuk memahami akan Maqasid Syariah berumahtangga. Berapa banyak pengabaian yang dapat kita lihat hasil dari kealpaan pada tanggungjawab walaupun mereka hanya melalui 'SIMPLE MARRIAGE'.

Janganlah kita tertipu dengan momokan sebegini. Hakikatnya poligami adalah ASAS RUMAHTANGGA di dalam Islam. Itu sebab ianya melata. Itulah juga sebabnya walau dihalang sekuat mana pun, amalan ini tetap berkembang biak. Ia berkembang walaupun perlaksanaan di akhir zaman ini dipenuhi dengan pelbagai fitnah yang meruncing. Ia juga membawa maksud bahawa memang dituntut seramai mungkin MUKMIN agar berpoligami. Allah SWT tidak menyeru dua, tiga atau empat itu dengan omongan kosong dan Allah SWT juga turut mensinis mereka yang bermonogami dengan ungkapan "khiftum" (jika kamu khuatir/takut). Ini kerana terdapat begitu banyak manfaat dan kebaikan dalam amalan berpoligami. Sudah terlalu banyak pendedahan tentang kebaikan tersebut dipaparkan pada masyarakat umum baik dari pengamal #PoligamiHarmoni mahupun kupasan-kupasan yang bersifat ilmiah. Segala kebaikan inilah yang seharusnya 'dieksplotasikan' oleh mereka yang saya sifatkan sebagai "MEMILIKI JIWA YANG TEPAT". Jiwa yang amat mengerti akan segala selok belok mengemudi bahtera rumahtangga PoligamiHarmoni. Mereka inilah figura yang seharusnya diketengahkan. Bukannya ilmuan yang petah berhujah tetapi tidak bertindak selaku pengamal. Perilaku amalan dan tatacara poligami yang bertepatan bagi maksud mencapai keharmonian haruslah diwacanakan secara terbuka dan meluas. Tidak ada kebimbangan atas nama "sensetiviti" yang harus dilayan jika syariat murni ini ingin diperbetulkan dari pemahaman masyarakat umum. Sesungguhnya pemahaman masyarakat sekarang sudah benar-benar terpesong dari landasan yang sebenar. Ianya tercipta hasil dari perasaan 'memandang mudah' pada syariat. Lantas berlakulah salah faham dan salah amalan yang akhirnya menjerumus pelakunya kelembah kehinaan.

Maka pada situasi akhir zaman ini, timbullah suatu keperluan untuk menunjukkan jalan sebenar tentang tatacara mencapai keharmonian tersebut. Apakah SUBSTANCE yang perlu diisi dalam kita menjalani kehidupan berpoligami haruslah dirungkaikan dengan cermat dan jelas. Segala prasyarat yang boleh menjamin terbentuknya rumahtangga PoligamiHarmoni haruslah dipandang dengan amat serius. Jangan ada sikap TAKE FOR GRANTED, apatah lagi memandai-mandai merekacipta laluan sendiri dalam usaha menjustifikasikan 'Poligami ke Laut' yang kita lalui. Apa juga kejayaan yang ditempah, dibelakangnya pasti terdapat CRITICAL FACTORS yang harus dikaji. Begitulah juga dengan PoligamiHarmoni, pasti terdapat CRITICAL FACTORS yang kita semua harus berani menghadapi kenyataannya. Janganlah lagi kita hidup dalam alam penafian (DENIAL) atas isu yang sememangnya tidak mungkin dapat kita halang kemaraannya lagi.

Wallahua'lam

#HishamNamat

Wednesday, September 12, 2018

"BERKEHENDAK"



Dalam mukasurat 247 - 270 buku berhantu #SolusiHarmoniBerkongsiKasih, saya ada membentangkan 4 KONSEP UMUM POLIGAMI HARMONI:

1. Situasi Menang-Menang (248)
2. Bertolak Ansur Dalam Kesamarataan (255)
3. Menyubur Kasih Sayang (261)
4. Mencapai Redha Allah SWT (265)

Saya ingin menambah point bonus di sini iaitu "Berkehendak". Sebelum kita berkehendak, kita perlu mempunyai kehendak terlebih dahulu. "Kehendak" yang saya maksudkan di sini bukanlah setakat kemahuan berkahwin 2 atau lebih. Jika itu sahaja matlamatnya, kita tidaklah menepati Maqasid Syariah berpoligami. Tujuan Allah SWT bentangkan syariat adalah untuk kesejahteraan hambaNya. Jelas sekali, dengan hanya bermatlamat 'boleh kahwin 2', ramai yang kecundang rumahtangga poligaminya. "Kehendak' yang dimaksudkan adalah mengumpul dan membentuk kefahaman bahawa melalui syariat berpoligami yang bakal dilaksana nanti akan menatijahkan keharmonian siisi keluarga unik tersebut. Jika kefahaman ini berjaya dibentuk kemas dalam minda, barulah kita bakal memasuki fasa "berkehendak" tadi.

Ini kerana, "kehendak" hanyalah di peringkat hipotesis. Sedangkan "berkehendak" adalah laluan jeram yang bakal kita lalui. Kita akan diuji dari pelbagai arah; ada arah yang boleh kita jangka, ada juga yang datang dari arah yang tidak mampu kita telah. Tanpa sifat "berkehendak" nescaya kehendak tersebut akan pudar di tengah jalan. "Berkehendak" hanya akan terbentuk hasil dari pegangan kukuh ingin mencapai matlamat akhir walau diuji dalam apa jua keadaan. Pelbagai ujian tersebut tidak akan mematahkan semangat kita untuk terus mara ke hadapan.

Untuk mencapai keharmonian berpoligami bukanlah suatu perkara mudah yang boleh dilakukan di abad ini. Persepsi negetif masyarakat pasti menjadi cabaran terbesar yang bakal melemahkan "kehendak" kita tadi. Segala tomahan, cacian dan fitnah akan menjadi "duri dalam daging" pada setiap tindak tanduk. Menjernihkan hati insan-insan yang disayangi pula adalah cabaran yang bakal melelahkan. Kalaulah keyakinan kita tidak cukup BULAT, nescaya angan-angan berharmonis akan tinggal angan-angan.

Wallahua'lam

#HishamNamat
#PerundingPoligamiHarmoni

Monday, August 27, 2018

POLIGAMI HARMONI: PEMUPUK BAIK SANGKA



Kebahagiaan berpoligami adalah suatu nikmat yang Allah SWT takdirkan bagi hamba-hambaNya yang teruji. Itulah hikmahnya berpoligami; ujian demi ujian sehingga mematangkan setiap unit anggota keluarga yang unik ini. Mereka bukanlah insan-insan hebat seperti yang anda selalu bayangkan. Mereka hanyalah insan yang mampu bersangka baik dengan setiap rintangan yang ditempuhi. Mereka mempunyai konsep kehidupan dengan spektrum yang luas dan digabungjalin bersama nilai syariat yang suci. Ini yang menjadikan ianya suatu kelainan dan dipandang dari sudut yang berbeza berbanding orang kebanyakkan. Orang lain melihat perkongsian itu suatu keperitan, namun meraka jadikannya kemanisan yang membingungkan setiap mata yang memandang. Orang luar sifatkan isteri terkemudian sebagai perampas, mereka menjadikan kehadirannya sebagai lengkap melengkapi sehingga terpancar tenaga sinergi yang memberi kekuatan luar biasa. Sesungguhnya, hidup ini suatu pilihan. Tergantung corak mana yang hendak dipilih. Perit, pedih, pilu adalah negetivity. Kenapa tidak jadikan kesangsaraan itu suatu peluang. Sesungguhnya Allah SWT menyukai hambaNya yang sentiasa membuat pembaikan.

Wallahua'lam

#HishamNamat
#PerundingPoligamiHarmoni

Saturday, August 18, 2018

MENUMPANG KASIH TIADA DALAM POLIGAMI HARMONI



Lazimnya isteri kedua akan sentiasa berasa seperti dia "MENUMPANG KASIH". Suamilah yang harus berperanan untuk menafikan perasaan tersebut. Jika perasaan SECOND GRADE ini tidak dapat diketepikan, maka proses membuang rasa perjudis di kalangan isteri-isteri pasti melalui jalan yang sukar. Lakukan pelbagai aktiviti dan tunjukkan kemahuan yang tinggi untuk mencapai keharmonian tersebut.

Wallahua'lam

#HishamNamat
#PerundingPoligamiHarmoni

Friday, August 10, 2018

SEBAHAGIAN REMIDI POLIGAMI ADALAH LALUAN MASA



Suatu perkara yang saya belajar dalam mengharungi laluan berliku poligami adalah "bersabar & bertahan dengan masa". Tidak semua perkara anda punyai jawapannya serta merta. Ada perkara tertentu anda harus biarkan masa yang mengubatinya. Itulah konsep "time will heal". Anda hanya perlu ada ilmu bertahan. Ibarat satu pasukan bolasepak yang underdog dalam menghadapi lawan yang jauh lebih superior; coach pasti akan menasihati pemainnya agar tumpu pada bertahan dan jangan menyerang jika tiada peluang. Matlamatnya hanyalah biar kalah dengan 2 - 0 berbanding dimalukan dengan 10 - 0. Contoh nyata dalam rumahtangga saya sendiri adalah menghilangkan sikap prasangka sesama isteri. Dalam banyak keadaan saya hanya biarkan kesilapan berlaku. Lama kelamaan kami akan belajar dan akan memahami pembelajaran tersebut hanya di hujung waktu. Setelah timbulnya kefahaman, semuanya seakan tiada masalah dan keyakinan menjadi semakin solid. Ini adalah salah satu SENI tahap tertinggi dalam ilmu #PoligamiHarmoni.

#HishamNamat
#SynergisticFamily
#PerundingPoligamiHarmoni

Monday, July 9, 2018

4 PRINSIP YANG BERGABUNG JALIN



Ini adalah prinsip dan tatacara saya kendalikan rumahtangga poligami. 4 prinsip yang saling bergabung jalin dan mengukuh di antara satu dengan yang lain. Saya tidak dikurniakan laluan mudah dalam saya memilih berpoligami. Maklumlah, saya bukan seorang ustaz walaupun sekarang ada yang mengelarkan saya sebagai ustaz. Isteri memang terdidik dengan agama tetapi kejelasan isu berpoligami; dia sama sahaja dengan kebanyakkan wanita lain. Saya tetap mendapat bangkangan berskala tinggi di awal keinginan berpoligami.

Di saat melemparkan hujah, saya tidak menggunakan agama sebagai prisai penyelamat. Tiada perkataan "Poligami adalah sunnah" yang terpacul dari bibir. Gula-gula "payung emas' tidak langsung saya gunakan. Kesemua hujah saya bersifat mudah hadam. Teori Kek Yang Manis dan Teori Synergistic Family adalah dua hujah twist yang menjadikan isteri saya speechless. Pun begitu isteri tetap juga melihat siapa saya sebelum ini dari sudut memegang pertanggungjawaban. Saya tiada berharta ketika itu. Namun kerana yakin Allah SWT tidak menjadikan kebendaan sebagai asas kejayaan berpoligami, saya teruskan juga niat tersebut. Segala daya dilaksana untuk menjayakan misi #SynergisticFamily yang amat jelas dalam benak pemikiran ini. Saya yakin dengan calon isteri 'the power of choosing' yang saya praktik tapisannya secara sistematik. Selebihnya saya bertawakkal pada Allah Yang Maha Mengetahui akan segala niat baik hamba-hambaNya.

Alhamdulillah, walaupun usia perkahwinan poligami saya belumlah lagi menjangkau 10 tahun, namun keakraban kami sekeluarga semakin menebal. Prejudice nampaknya sudah semakin meminggir dari hati isteri-isteri. Anak-anak tetap menghormati dan menjaga hati ibu tiri mereka dengan baik. Perniagaan keluarga pun seakan semakin berkembang. Buku #SolusiHarmoniBerkongsiKasih sudah semakin diterima ramai. Dengan segala apa yang telah Allah kurniakan nikmat, maka saya berlindung dariNya terhadap sebarang kejahatan luar dan dalam. Mudah-mudahan Allah Ta'ala melihara kesejahteraan kami sekeluarga. Mudah-mudahan juga #PoligamiHarmoni menjadi suatu perkara lumrah di suatu hari nanti. Amin ya Robbal A'lamin

#HishamNamat
#PerundingPoligamiHarmoni

Tuesday, June 26, 2018

LUKA POLIGAMI


LUKA POLIGAMI SEORANG WANITA

Ada wanita lukanya ibarat luka orang yang menghidap kencing manis. Sekali terluka, ianya tak baik baik sampai ke sudah. Puncanya pelbagai, ada yang salah isteri, ada yang salah suami dan ada yang salah dua dua.

Ada wanita yang lukanya ibarat luka di kulit biasa. Ia terguris, sakit tetapi mampu sembuh dan tampak seperti sediakala. Wanita sebegini awalnya dia terluka tetapi mampu settle down and move on. Kehidupan seperti biasa, tidak bermusuhan dengan suami dan juga madu

Ada juga wanita yang ibarat terluka otot dalamannya. Sifat luka otot dalaman ialah ia boleh sembuh jika diberi masa, malah otot itu akan menjadi lebih kuat dari yang sebelumnya. Seseorang wanita mungkin terluka kerana suami berpoligami tetapi dia akur, malah menerima dan cuba mencari kebahagiaan baru dengan pertambahan ahli baru dalam keluarganya. Hubungan dengan madu semakin kuat malah dimanfaatkan untuk meningkatkan quality kekeluargaannya. Mereka berganding bahu dan memudahkan suami mencipta kejayaan dalam kehidupan

Dengan kekuatan iman dan berfikir dengan cara yang betul, pilihan di tangan sendiri

#HishamNamat
#PerundingPoligamiHarmoni




Dalam kesibukan kita mengutarakan bermacam buah fikiran dan pandangan, ada eloknya kita cuba selesaikan beberapa perkara yang mendasar berkaitan poligami:

1. Harus berusaha dicapai situasi "menang-menang" bila berpoligami

2. Sikap berani wajib ada pada orang lelaki. Berani berterus terang dan bertanggungjawab, bukan berani menipu dan menindas isteri

3. Fahami sedikit tentang sejarah poligami bermula zaman Nabi Ibrahim a.s

4. Fahami juga dengan hati yang luhur tentang konsep "Jodoh yang baik"

5. Monogami itu berseni, apatah lagi poligami. Pelajari seninya kerana "Poligami Harmoni bukan nasib; tapi teknik"

#HishamNamat
#PerundingPoligamiHarmoni

Saturday, June 23, 2018

MEMAHAMI FITRAH KEJADIANNYA LELAKI



Caption ini bukanlah hendak membenarkan tingkah laku 'gatal' tersebut. Gatal yang tiada arah tujuan memang akhirnya akan menuju jalan kebinasaan juga. Itulah yang sering terjadi bila poligami yang hanya bersandarkan 100% ikutan Hawa nafsu. Namun anda harus ingat, masih ramai lagi lelaki yang dilihat 'gatal' tapi beliau tetap mempunyai halatuju yang jelas terhadap poligami yang ingin di bawanya. Berapa ramai yang kita lihat, pada mulanya memang terserlah 'kegatalan' seorang lelaki, namun apabila sudah bernikah lagi beliau memimpin rumahtangganya dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas terhadap isteri-isteri, anak-anak, anak-anak tiri, ibubapa dan mertua-mertuanya sendiri. Sikap 'gatal' tersebut hanyalah simptom luahan fitrah nalurinya. Itulah sebabnya kita harus mendapatkan lelaki yang tinggi tahap pegangan tanggungjawabnya dan beliau mampu menzahirkan keikhlasan dalam rumahtangganya. Lelaki/suami sebeginilah yang menjadi dambaan wanita/isteri di luar sana. Hamsom, bergaya , kaya adalah perkara terkebelakang yang sepatutnya menjadi keutamaan dalam memilih jodoh. Pilihlah berdasarkan merit, bukan emosi yang menipu daya.

#HishamNamat
#PerundingPoligamiHarmoni

Wednesday, June 13, 2018



MASALAH SIFATNYA SEMENTARA
============================

Allah jadikan manusia memang bersifat kuat. Itulah sebab Allah sifatkan kita sebagai sebaik-baik kejadian. Manusia memang boleh menerima dugaan dan cobaan walaupun pada skala yang besar. Cuma kita sering kali menyifatkan dugaan itu harus diterima pada masa itu juga, atau ia harus dilalui dalam jangka masa yang pendek. Bila kita melihat pada skop beginilah yang menjadikan dugaan itu dilihat berat untuk ditanggung. Seolah-olah lebih baik mati dari menanggungnya.

Namun jika kita faham fitrah perjalanan jiwa manusia itu sendiri, pasti otak kita akan lebih ringan memproses setiap masalah besar yang dihadapi. Contohnya, jika kita mampu mengerah otak berfikir "dalam enam bulan atau setahun lagi masalah besar yang aku tanggung sekarang ini pasti akan menyurut atau hilang langsung, atau pun ia boleh diterbalikkan menjadi manfaat pula". Semua perkara di dunia ini bersifat sementara, termasuklah juga masalah. Kita kena optimis pada suatu hari nanti masalah tersebut pasti akan di neutralize, malah boleh diarahkan menjadi peluang pula.

Teori ini telah banyak digunapakai oleh pihak opportunist, contoh bagaimana perang telah dimanfaatkan sebagai suatu kesempatan kita bersatu dan akhirnya menjadi kekuatan untuk mengalahkan musuh. Jika tiada peperangan tersebut, mungkin kita jalani hidup secara nafsi-nafsi sahaja. Begitulah juga dalam situasi poligami. Pasti ada situasi yang boleh kita lihat dimanakah ruang yang boleh kita (suami, isteri-isteri dan anak-anak) manfaatkan di suatu masa nanti iaitu apabila sakit hati dan kebencian sudah mula menyurut. Fikirkan, apa faedahnya kita hendak membawa perasaan negetif itu sampai ke lubang kubur.

Saya ada melihat satu keluarga poligami, Semasa hayat suami, madu-madu berseteru level gear 5. Saat kematian suami, madu-madu terpaksa berkerjasama untuk menguruskan jenazah. Kebencian perlu diselindungkan seketika pada masa itu. Di situlah mula berdetik rasa ingin berbaik sangka. Sekarang ini, madu-madu tersebut sudah ibarat adik beradik. Pergi tunaikan umrah pun sudah bersekali. Malangnya nikmat tersebut mereka rasai hanya setelah kematian suami.

Jadikanlah ini pengajaran. Masalah bukan kekal. Tidak rugi kita jadi insan yang berjiwa besar. Allah sayang insan yang sedemikian. Jadilah insan yang dambakan syurga dengan kekuatan jiwa sendiri, bukan 'jiwa ciptaan' yang disandarkan pada orang lain. Setiap orang akan menanggung nasib amal perbuatannya bersendiri di akhirat nanti. Tiada konsep menanggung dosa di dalam agama fitrah ini.

Wallahua'lam

#HishamNamat
#PerundingPoligamiHarmoni

JODOH: MEET BY EXCIDENT VS. POWER OF CHOOSING





Mengimbau kembali pernikahan poligami saya; kewangan dan kebendaan tidaklah sekukuh mana. Saya seorang salesman kereta pada masa itu. Ada turun naiknya yang tersendiri. Jadinya kalau dari sudut itu memanglah saya di kira tidak layak untuk berpoligami pada ketika itu. Tapi saya teruskan juga hasrat tersebut. Yang ada pada diri ketika itu hanyalah kejelasan akal fikiran terhadap apa yang ingin saya capai dalam perkahwinan tersebut. Itulah sebabnya ungkapan magik #SynergisticFamily tersebut sudah ada dalam benak fikiran saya pada masa itu lagi. Ia membawa maksud dengan percantuman satu lagi jiwa baru dalam jiwa-jiwa yang sedia ada dalam keluarga saya akan menjadikan institusi keluarga kami akan lebih kukuh dari sebelum ini. Saya menolak idea berpoligami akan menjadikan keluarga jadi lemah dan becerai berai.

Berdasarkan bekalan tersebut saya mengorak langkah. Mana yang lurus, alhamdulillah. Jika terpincang, kami perbetulkan bersama-sama dengan segala susah payah dan ada kalanya dengan linangan air mata. Elemen yang penting bagi saya ketika itu adalah "KEBERANIAN MENCIPTA KELAINAN " dan "MEMEKAKKAN TELINGA DARI KATA NISTA DAN ANCAMAN PERSEPSI ORANG LAIN ". Fitnah dan mehnah memang tidak terkira. Saya hanya ada satu pegangan prinsip yang boleh dikongsikan di sini iaitu "MASALAH ADALAH UNTUK DIHADAPI DAN DILEPASI RINTANGANNYA; BUKAN UNTUK DILARIKAN DIRI DARINYA"

Wallahua'lam

#HishamNamat
#PerundingPoligamiHarmoni

Monday, June 11, 2018

POLIGAMI HARMONI; AMAL MA'AROF YANG DIBENCI RAMAI



Untuk suatu pasangan poligami yang diterajui oleh sang suami bersama dengan sekurang-kurang dua orang isterinya mencapai makam harmoni, bukanlah suatu kerja mudah. Ianya memerlukan suatu tahap mujahadah yang tinggi, sebelum mampu mengecapi nikmat terselindung yang Allah SWT kurniakan pada mereka. Bukan sedikit cobaan, cacian, ayat-ayat sinis yang perlu dihadam oleh pasangan yang ikhlas melaksanakan amalan ma'arof ini. Setiap satu langkah amat mencabar dan ada likunya yang tersendiri.

Namun setelah segalanya diharungi dan mereka telah mencapai tahap mawahdah di dalam setiap tatacara rumahtangga, timbul pula rasa erihati dari segelintir masyarakat yang tidak senang dengan kebahagiaan mereka. Ini kerana amalan kebaikan sesama mereka itu sendiri merupakan ancaman kepada rumahtangga yang lain, khususnya para isteri. Kebanyakkan isteri monogami amat takut menerima hakikat bahawa keharmonian yang tertonjol dari pasangan poligami ini bakal 'dipelajari', sekiranya suami mereka mula timbul keinginan berpoligami. Ramai dari kalangan wanita zaman ini hanya mahu menikmati kemanisan hidup di dunia secara mutlak bersama suami mereka sahaja. Konsep perkongsian hidup memang tidak boleh di terima sama sekali, walaupun syariat agama amat jelas dalam permasalahan ini. Sebahagian mereka gagal melihat suami sebagai wadah ke syurga, tetapi lebih sebagai hak mutlak mereka di dunia ini.

Namun begitu, penyumbang utama dalam masalah ini, tidak lain dan tidak bukan adalah datang dari kepimpinan sang suami itu sendiri. Kepimpinan yang lemah di dalam aturan dominasi rumahtangga telah menyebabkan si isteri berada di tahap yang sama level dengan suami, sehingga berjaya menumpulkan kelebihan darjat yang Allah kurniakan pada sang suami. Inilah penyakit yang sedang melanda masyarakat zaman sekarang dan ia kelihatan semakin lama semakin parah. Untuk merubah perspektif ini memerlukan suatu usaha yang comprehensive dari pelbagai pihak yang perihatin terhadap isu kekeluargaan

Wallahua'lam

#HishamNamat
#PerundingPoligamiHarmoni
#SolusiHarmoniBerkongsiKasih

Sunday, June 10, 2018

UBAT POLIGAMI ADALAH LALUAN MASA



Suatu perkara yang saya belajar dalam mengharungi laluan berliku poligami adalah "bersabar & bertahan dengan masa". Tidak semua perkara anda punyai jawapannya serta merta. Ada perkara tertentu anda harus biarkan masa yang mengubatinya. Itulah konsep "time will heal". Anda hanya perlu ada ilmu bertahan. Ibarat satu pasukan bolasepak yang underdog dalam menghadapi lawan yang jauh lebih superior; coach pasti akan menasihati pemainnya agar tumpu pada bertahan dan jangan menyerang jika tiada peluang. Matlamatnya hanyalah biar kalah dengan 2 - 0 berbanding dimalukan dengan 10 - 0. Contoh nyata dalam rumahtangga saya sendiri adalah menghilangkan sikap prasangka sesama isteri. Dalam banyak keadaan saya hanya biarkan kesilapan berlaku. Lama kelamaan kami akan belajar dan akan memahami pembelajaran tersebut hanya di hujung waktu. Setelah timbulnya kefahaman, semuanya seakan tiada masalah dan keyakinan menjadi semakin solid. Ini adalah salah satu SENI tahap yang tertinggi dalam amalan ilmu Poligami Harmoni.

#HishamNamat
#SynergisticFamily
#PerundingPoligamiHarmoni

GILIRAN HARI RAYA DAN SISTEM PERCUTIAN


Alhamdulillah... Lebaran semakin menggamit, Ramadhan pula semakin meninggalkan kita. Masing2 nampaknya sudah mula mencipta mood tersendiri untuk menyambut e'dul fitri. Sudah banyak posting yang menggambarkan suasana ini. Salah satunya saya terpanggil untuk respon kerana ia merupakan cabaran besar bagi pengamal poligami iaitu giliran berhari raya bersama isteri masing2. Ada segelintir yang sinis apabila melihat dengan pandangan kasihan pada isteri2 yang dilihat terpaksa berbahagi kasih di hari yang penuh bermakna nanti. Di sini saya kongsikan pengalaman dalam melalui setiap lebaran di sepanjang tempoh rumahtangga poligami yang saya lalui.

Sudah 8 tahun saya berpoligami dan tidak pernah sekali pun saya berpecah dengan isteri2 di hari lebaran. Kami berhari raya sebagai 1 unit keluarga.

- Gambar 1 - 3 adalah gambar tahun lepas (2017) iaitu di kampung saya di Kuala Kangsar. 

- Gambar 4 adalah gambar isteri bongsu dan anak sulung bersama dengan kakak sulung saya. Beliau adalah kakak yang paling menentang semasa saya berpoligami dahulu. Tetapi sekarang semuanya sudah dineutralkan

- Gambar 5 - 8 adalah semasa menyambut e'dul fitri di Jerteh (2016). Isteri bongsu turut pulang dan sentiasa diterima baik oleh keluarga isteri sulung saya.

- Gambar 7 ialah mak mertua saya. Dia saya muliakan di saat saya ingin berpoligami dahulu. Saya tidak menipu dan berselindung dengan beliau dan ipar Dubai. Mereka saya maklumkan dengan cara terhormat.

- Gambar 9 - 12 adalah semasa berhari raya di Rengit Johor (2015) iaitu semasa giliran isteri bongsu. Isteri sulung dan anak2 turut beramah mesra dengan keluarga besar mertua saya.

- Gambar 11 adalah mak mertua (kiri), adik beliau (kanan) dan arwah ayah mereka (Tok mertua saya)

- Gambar 12 ialah bapa mertua saya

- Gambar 13 - 19 adalah gambar2 percutian sederhana yang kami lalui. Ada masanya saya akan bercuti dengan seluruh keluarga. Ada masanya juga saya bercuti secara privercy dengan setiap seorang dari isteri2. Biasanya saya ambil kesempatan sewaktu anniversary mereka masing2.

- Jika anda tanya bagaimana saya punyai kekuatan mengharungi semua ini, gambar 20 adalah jawapannya. Ketakutan hanyalah fatamorgana. Pun begitu saya bersyukur dan yakin apa yang kami lalui setakat ini hanyalah dengan rahmat Allah SWT semata-mata.

P/s... Gambar2 saya filter. Mudah2an niat saya terpelihara. Saya kongsikan semua ini demi memberi gambaran murni apa itu #PoligamiHarmoni

#HishamNamat
#SynergisticFamily
#SolusiHarmoniBerkongsiKasih


Saturday, June 9, 2018

Buku yang memberi "JALAN KELUAR" bagi yang sedang terperangkap dalam POLIMIK POLIGAMI



KEPENTINGAN GILIRAN DAN KEAMPUHAN BERLAPANG DADA


Saya tak kata isu giliran tak penting. Isu giliran sebenarnya kena banyak di'try&error'kan sehingga kita dapat fine tune aturan mana yang paling Menghampiri Keadilan. Namun sebagai suami berpoligami, keakraban hubungan 'adik-kakak' di antara isteri-isteri adalah sesuatu yang amat didambakan dan perkara ini tidak akan mudah berlaku selagi mana komunikasi berkesan tidak dapat diwujudkan oleh suami itu sendiri. Komunikasi berkesan amat penting bagi meneturalkan elemen prejudice yang menjadi musuh utama dalam hubungan madu-madu. Oleh itu janganlah salah menumpu pada isu yang seharusnya kita lebih memberi tumpuan. Hubungan rumahtangga #PoligamiHarmoni seharusnya GEL di antara unit ahli-ahlinya.

#HishamNamat
#PerundingPoligamiHarmoni

SESI KAUNSLING 'MUDAH' KERANA HADIRNYA JIWA YANG 'MEMBENARKAN'



Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan meluangkan masa untuk sesi kaunsling bersama keluarga poligami ini. Perjumpaan adalah atas dasar temujanji dan saya lakukan kaunsling tersebut di ruang lobi yang terbuka di D'Tempat Country Club, Sendayan, Negeri Sembilan, iaitu sebuah club house yang saya menjadi ahlinya.

Sebenarnya amat payah untuk saya dapatkan suasana sebegini iaitu satu keluarga poligami yang lengkap dengan kehadiran suami, isteri pertama dan isteri yang baru dikahwininya. Kebiasaannya pengaduan datang dari salah seorang dari isteri yang merasa terinaya dengan perkahwinan poligami suaminya atau pun sang suami sendiri yang meminta nasihat saya secara solo tentang tatacara mengendalikan rumahtangga poligaminya. Tahniah pada keluarga ini kerana berupaya merendahkan ego masing-masing demi mendapatkan nasihat dan panduan untuk mengharungi hari-hari mendatang mereka dalam suasana rumahtangga poligami yang harmoni.

Sedikit Fakta Kes: 

Usia perkahwinan monogami telah menjangkau enam tahun. Namun lebih kurang sebulan yang lepas si suami telah berpoligami dalam keadaan senyap tanpa pengetahuan isteri sulung. Namun tidak lama selepas poligami, rahsia pun terbongkar dengan si suami mengambil keputusan menceritakan perihal perkahwinan tersebut pada isteri sulungnya. Alhamdulillah walaupun isteri sulung sangat terkesan dengan tindakan pihak suami tetapi beliau masih mampu mengawal keadaan dengan mengambil jalan berbincang. Tahniah pihak isteri sulung. Anda wanita yang hebat. Atas dasar ingin menempuhi hari mendatang dengan suasana dan aura yang positif maka beliau mengambil tindakan untuk mendapatkan nasihat saya dengan memujuk suami dan madunya untuk terlibat sekali. Allah SWT telah mudahkan keluarga ini. Jiwa mereka lembut untuk mencari kebenaran.

Saya menyifatkan situasi ini adalah rahmat dan memudahkan bagi saya melaksanakan 'tugas' dalam memberi nasihat dan pandangan. Seperti biasa saya akan merungkaikan dahulu kenapa lelaki disifatkan sebagai UNSTOPPABLE dan saya membawa mereka semua melihat poligami dari sudut sejarah bagaimana poligami bermula. Saya menekankan peri pentingnya suami untuk mengambil tanggungjawab ini dengan kefahaman konsep "Harmonic Polygamy: 80% Responsibility; 20% Fun & Pride". Suami mesti berusaha menetapkan matlamat untuk semua unit dalam keluarganya berkerja dan mencapai matlamat tersebut. Dengan cari itu mereka akan berkerja keras dan akan berupaya mengenepikan perkara-perkara remeh dalam rumahtangganya. Saya mengingatkan isteri bongsu bahawa tanggungjawab beliau sebenarnya lebih berat dari isteri sulung. Manakala isteri sulung pula saya ingatkan agar mementing matlamat jangka sederhana dan panjang dalam rumahtangga unik ini kerana nikmat terselindung di sebalik ujian ini amatlah manis untuk dikecapi. Saya akan tetap memerhatikan mereka selepas ini kerana saya sendiri amat menaruh keyakinan bahawa satu lagi keluarga poligami harmoni akan Allah SWT takdirkan muncul tidak lama lagi... Biiznillah

Wallahu a'lam

#HishamNamat
#PerundingPoligamiHarmoni

Friday, June 8, 2018

KEWAJARAN BERPOLIGAMI BUKAN SEBAB PENYEMPURNAAN TETAPI DEMI KEPERLUAN JIWA LELAKI DAN WANITA ITU SENDIRI

Sy mudahkan dalam bentuk point:
1. Lihat poligami dalam bentuk konsep, bukan emosi. Allah 'design' syariat ini untuk selesai maslahah umum, bukan tambah masalah

2. Saya pernah ungkapkan sebelum ini iaitu "kahwin untuk capai matlamat bukan kahwin itu matlamat". Bila kita kahwin demi matlamat, bercinta pra perkahwinan bukanlah keperluan. Sepatutnya proses pra perkahwinan itu diisi dengan perbincangan matang di antara pihak yg terlibat bagaimana masing-masing pihak hendak contribute untuk capai matlamat tersebut. Bukannya dipenuhi dengan elemen memadu asmara ke lautan biru

3. Poligami terhasil dari keperluan jiwa. Untuk mencapai garisan penamat 400 meter, berlari secara relay 4 x 100 adalah lebih efisien berbanding solo 400 meter. Faham kan

4. Jangan fikir poligami hanya memenangkan suami sahaja. Kalau 'poligami ke laut' hakikatnya suami tu pun tak menang. Apa makna sebuah kehidupan jika saban hari dipenuhi dengan unsur penipuan dan otak berserabut. Di mana sunnahnya... Di manakah pahalanya

5. Poligami Harmoni adalah 'SITUASI MENANG-MENANG'. Isteri-isteri pun diposisi yang menang kerana tautan jiwa ini bakal menghasilkan banyak perkara yang anda tidak boleh bayangkan jika anda seorang yang berada di luar sistem poligami itu sendiri. Untuk menghayati apa yang saya maksudkan ini anda kenalah berani berkawan dengan pasangan poligami yang harmoni. Insyallah anda akan mampu menggarap elemen kebaikan berpoligami secara harmoni tersebut

6. Ada banyak lagi point. Cukuplah setakat ini. Anda boleh tambah sendiri, terutamanya dari pengamal Poligami Harmoni. Pengisian dari orang yang berbuat terhadap apa yang dia katakan itu dilimpahi dengan keberkatan Allah berbanding dari para pengteori.
Wallahua'lam

LELAKI ADALAH UNSTOPPABLE


SOLUSI HARMONI BERKONGSI KASIH



Buku yang menyentuh hingga ke dasar lubuk hati insan-insan yang berada dalam POLIMIK POLIGAMI. Memilikinya adalah suatu keperluan kerana buku ini padat dengan panduan teknikal tentang mengatur perjalanan sesebuah rumahtangga poligami itu sendiri. Ianya padat dengan bahan 'Action Research' yang diperolehi oleh penulis melalui sumber pemerhatian, pengalaman dan kajian beliau

SIAPA HISHAM NAMAT

Beliau adalah penulis buku berhantu yang diberi nama Solusi Harmoni Berkongsi Kasih yang semakin hangat di pasaran online sekarang. Ramai pasangan poligami yang telah teranjak paradigmanya akibat sentuhan magis pemikiran luar kotak yang beliau kemukakan melalui buku ini. Beliau juga banyak mengendalikan sesi kaunsling pada pasangan poligami sedang berada dalam polimik tersebut.

Usia rumahtangga poligami beliau telah pun melebihi lapan tahun dan sekarang beliau tinggal sebumbung bersama dua isteri dan tiga anaknya. Beliau menjadikan Poligami Harmoni sebagai suatu leverage untuk mengembangkan lagi perniagaan yang diusahakan oleh siisi keluarga beliau. Selain menulis buku, beliau merupakan founder pada Group Facebook "Solusi Bahagia Berkongsi Kasih" di samping aktif menulis di Page beliau iaitu www.facebook.com/SynergisticFamily dan juga www.facebook.com/Poligami Harmoni

Buku ini hanya dijual melalui pasaran online dan berharga RM28.00 sahaja (tidak termasuk kos pos). Untuk dapatkan buku ini, sila wasap "POLIGAMI" dan hantarkan ke 012-289 9702