Monday, June 11, 2018

POLIGAMI HARMONI; AMAL MA'AROF YANG DIBENCI RAMAI



Untuk suatu pasangan poligami yang diterajui oleh sang suami bersama dengan sekurang-kurang dua orang isterinya mencapai makam harmoni, bukanlah suatu kerja mudah. Ianya memerlukan suatu tahap mujahadah yang tinggi, sebelum mampu mengecapi nikmat terselindung yang Allah SWT kurniakan pada mereka. Bukan sedikit cobaan, cacian, ayat-ayat sinis yang perlu dihadam oleh pasangan yang ikhlas melaksanakan amalan ma'arof ini. Setiap satu langkah amat mencabar dan ada likunya yang tersendiri.

Namun setelah segalanya diharungi dan mereka telah mencapai tahap mawahdah di dalam setiap tatacara rumahtangga, timbul pula rasa erihati dari segelintir masyarakat yang tidak senang dengan kebahagiaan mereka. Ini kerana amalan kebaikan sesama mereka itu sendiri merupakan ancaman kepada rumahtangga yang lain, khususnya para isteri. Kebanyakkan isteri monogami amat takut menerima hakikat bahawa keharmonian yang tertonjol dari pasangan poligami ini bakal 'dipelajari', sekiranya suami mereka mula timbul keinginan berpoligami. Ramai dari kalangan wanita zaman ini hanya mahu menikmati kemanisan hidup di dunia secara mutlak bersama suami mereka sahaja. Konsep perkongsian hidup memang tidak boleh di terima sama sekali, walaupun syariat agama amat jelas dalam permasalahan ini. Sebahagian mereka gagal melihat suami sebagai wadah ke syurga, tetapi lebih sebagai hak mutlak mereka di dunia ini.

Namun begitu, penyumbang utama dalam masalah ini, tidak lain dan tidak bukan adalah datang dari kepimpinan sang suami itu sendiri. Kepimpinan yang lemah di dalam aturan dominasi rumahtangga telah menyebabkan si isteri berada di tahap yang sama level dengan suami, sehingga berjaya menumpulkan kelebihan darjat yang Allah kurniakan pada sang suami. Inilah penyakit yang sedang melanda masyarakat zaman sekarang dan ia kelihatan semakin lama semakin parah. Untuk merubah perspektif ini memerlukan suatu usaha yang comprehensive dari pelbagai pihak yang perihatin terhadap isu kekeluargaan

Wallahua'lam

#HishamNamat
#PerundingPoligamiHarmoni
#SolusiHarmoniBerkongsiKasih

No comments:

Post a Comment