Saturday, June 9, 2018

SESI KAUNSLING 'MUDAH' KERANA HADIRNYA JIWA YANG 'MEMBENARKAN'



Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan meluangkan masa untuk sesi kaunsling bersama keluarga poligami ini. Perjumpaan adalah atas dasar temujanji dan saya lakukan kaunsling tersebut di ruang lobi yang terbuka di D'Tempat Country Club, Sendayan, Negeri Sembilan, iaitu sebuah club house yang saya menjadi ahlinya.

Sebenarnya amat payah untuk saya dapatkan suasana sebegini iaitu satu keluarga poligami yang lengkap dengan kehadiran suami, isteri pertama dan isteri yang baru dikahwininya. Kebiasaannya pengaduan datang dari salah seorang dari isteri yang merasa terinaya dengan perkahwinan poligami suaminya atau pun sang suami sendiri yang meminta nasihat saya secara solo tentang tatacara mengendalikan rumahtangga poligaminya. Tahniah pada keluarga ini kerana berupaya merendahkan ego masing-masing demi mendapatkan nasihat dan panduan untuk mengharungi hari-hari mendatang mereka dalam suasana rumahtangga poligami yang harmoni.

Sedikit Fakta Kes: 

Usia perkahwinan monogami telah menjangkau enam tahun. Namun lebih kurang sebulan yang lepas si suami telah berpoligami dalam keadaan senyap tanpa pengetahuan isteri sulung. Namun tidak lama selepas poligami, rahsia pun terbongkar dengan si suami mengambil keputusan menceritakan perihal perkahwinan tersebut pada isteri sulungnya. Alhamdulillah walaupun isteri sulung sangat terkesan dengan tindakan pihak suami tetapi beliau masih mampu mengawal keadaan dengan mengambil jalan berbincang. Tahniah pihak isteri sulung. Anda wanita yang hebat. Atas dasar ingin menempuhi hari mendatang dengan suasana dan aura yang positif maka beliau mengambil tindakan untuk mendapatkan nasihat saya dengan memujuk suami dan madunya untuk terlibat sekali. Allah SWT telah mudahkan keluarga ini. Jiwa mereka lembut untuk mencari kebenaran.

Saya menyifatkan situasi ini adalah rahmat dan memudahkan bagi saya melaksanakan 'tugas' dalam memberi nasihat dan pandangan. Seperti biasa saya akan merungkaikan dahulu kenapa lelaki disifatkan sebagai UNSTOPPABLE dan saya membawa mereka semua melihat poligami dari sudut sejarah bagaimana poligami bermula. Saya menekankan peri pentingnya suami untuk mengambil tanggungjawab ini dengan kefahaman konsep "Harmonic Polygamy: 80% Responsibility; 20% Fun & Pride". Suami mesti berusaha menetapkan matlamat untuk semua unit dalam keluarganya berkerja dan mencapai matlamat tersebut. Dengan cari itu mereka akan berkerja keras dan akan berupaya mengenepikan perkara-perkara remeh dalam rumahtangganya. Saya mengingatkan isteri bongsu bahawa tanggungjawab beliau sebenarnya lebih berat dari isteri sulung. Manakala isteri sulung pula saya ingatkan agar mementing matlamat jangka sederhana dan panjang dalam rumahtangga unik ini kerana nikmat terselindung di sebalik ujian ini amatlah manis untuk dikecapi. Saya akan tetap memerhatikan mereka selepas ini kerana saya sendiri amat menaruh keyakinan bahawa satu lagi keluarga poligami harmoni akan Allah SWT takdirkan muncul tidak lama lagi... Biiznillah

Wallahu a'lam

#HishamNamat
#PerundingPoligamiHarmoni

No comments:

Post a Comment