Wednesday, September 12, 2018

"BERKEHENDAK"



Dalam mukasurat 247 - 270 buku berhantu #SolusiHarmoniBerkongsiKasih, saya ada membentangkan 4 KONSEP UMUM POLIGAMI HARMONI:

1. Situasi Menang-Menang (248)
2. Bertolak Ansur Dalam Kesamarataan (255)
3. Menyubur Kasih Sayang (261)
4. Mencapai Redha Allah SWT (265)

Saya ingin menambah point bonus di sini iaitu "Berkehendak". Sebelum kita berkehendak, kita perlu mempunyai kehendak terlebih dahulu. "Kehendak" yang saya maksudkan di sini bukanlah setakat kemahuan berkahwin 2 atau lebih. Jika itu sahaja matlamatnya, kita tidaklah menepati Maqasid Syariah berpoligami. Tujuan Allah SWT bentangkan syariat adalah untuk kesejahteraan hambaNya. Jelas sekali, dengan hanya bermatlamat 'boleh kahwin 2', ramai yang kecundang rumahtangga poligaminya. "Kehendak' yang dimaksudkan adalah mengumpul dan membentuk kefahaman bahawa melalui syariat berpoligami yang bakal dilaksana nanti akan menatijahkan keharmonian siisi keluarga unik tersebut. Jika kefahaman ini berjaya dibentuk kemas dalam minda, barulah kita bakal memasuki fasa "berkehendak" tadi.

Ini kerana, "kehendak" hanyalah di peringkat hipotesis. Sedangkan "berkehendak" adalah laluan jeram yang bakal kita lalui. Kita akan diuji dari pelbagai arah; ada arah yang boleh kita jangka, ada juga yang datang dari arah yang tidak mampu kita telah. Tanpa sifat "berkehendak" nescaya kehendak tersebut akan pudar di tengah jalan. "Berkehendak" hanya akan terbentuk hasil dari pegangan kukuh ingin mencapai matlamat akhir walau diuji dalam apa jua keadaan. Pelbagai ujian tersebut tidak akan mematahkan semangat kita untuk terus mara ke hadapan.

Untuk mencapai keharmonian berpoligami bukanlah suatu perkara mudah yang boleh dilakukan di abad ini. Persepsi negetif masyarakat pasti menjadi cabaran terbesar yang bakal melemahkan "kehendak" kita tadi. Segala tomahan, cacian dan fitnah akan menjadi "duri dalam daging" pada setiap tindak tanduk. Menjernihkan hati insan-insan yang disayangi pula adalah cabaran yang bakal melelahkan. Kalaulah keyakinan kita tidak cukup BULAT, nescaya angan-angan berharmonis akan tinggal angan-angan.

Wallahua'lam

#HishamNamat
#PerundingPoligamiHarmoni

1 comment: