Tuesday, June 26, 2018

LUKA POLIGAMI


LUKA POLIGAMI SEORANG WANITA

Ada wanita lukanya ibarat luka orang yang menghidap kencing manis. Sekali terluka, ianya tak baik baik sampai ke sudah. Puncanya pelbagai, ada yang salah isteri, ada yang salah suami dan ada yang salah dua dua.

Ada wanita yang lukanya ibarat luka di kulit biasa. Ia terguris, sakit tetapi mampu sembuh dan tampak seperti sediakala. Wanita sebegini awalnya dia terluka tetapi mampu settle down and move on. Kehidupan seperti biasa, tidak bermusuhan dengan suami dan juga madu

Ada juga wanita yang ibarat terluka otot dalamannya. Sifat luka otot dalaman ialah ia boleh sembuh jika diberi masa, malah otot itu akan menjadi lebih kuat dari yang sebelumnya. Seseorang wanita mungkin terluka kerana suami berpoligami tetapi dia akur, malah menerima dan cuba mencari kebahagiaan baru dengan pertambahan ahli baru dalam keluarganya. Hubungan dengan madu semakin kuat malah dimanfaatkan untuk meningkatkan quality kekeluargaannya. Mereka berganding bahu dan memudahkan suami mencipta kejayaan dalam kehidupan

Dengan kekuatan iman dan berfikir dengan cara yang betul, pilihan di tangan sendiri

#HishamNamat
#PerundingPoligamiHarmoni




Dalam kesibukan kita mengutarakan bermacam buah fikiran dan pandangan, ada eloknya kita cuba selesaikan beberapa perkara yang mendasar berkaitan poligami:

1. Harus berusaha dicapai situasi "menang-menang" bila berpoligami

2. Sikap berani wajib ada pada orang lelaki. Berani berterus terang dan bertanggungjawab, bukan berani menipu dan menindas isteri

3. Fahami sedikit tentang sejarah poligami bermula zaman Nabi Ibrahim a.s

4. Fahami juga dengan hati yang luhur tentang konsep "Jodoh yang baik"

5. Monogami itu berseni, apatah lagi poligami. Pelajari seninya kerana "Poligami Harmoni bukan nasib; tapi teknik"

#HishamNamat
#PerundingPoligamiHarmoni

Saturday, June 23, 2018

MEMAHAMI FITRAH KEJADIANNYA LELAKI



Caption ini bukanlah hendak membenarkan tingkah laku 'gatal' tersebut. Gatal yang tiada arah tujuan memang akhirnya akan menuju jalan kebinasaan juga. Itulah yang sering terjadi bila poligami yang hanya bersandarkan 100% ikutan Hawa nafsu. Namun anda harus ingat, masih ramai lagi lelaki yang dilihat 'gatal' tapi beliau tetap mempunyai halatuju yang jelas terhadap poligami yang ingin di bawanya. Berapa ramai yang kita lihat, pada mulanya memang terserlah 'kegatalan' seorang lelaki, namun apabila sudah bernikah lagi beliau memimpin rumahtangganya dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas terhadap isteri-isteri, anak-anak, anak-anak tiri, ibubapa dan mertua-mertuanya sendiri. Sikap 'gatal' tersebut hanyalah simptom luahan fitrah nalurinya. Itulah sebabnya kita harus mendapatkan lelaki yang tinggi tahap pegangan tanggungjawabnya dan beliau mampu menzahirkan keikhlasan dalam rumahtangganya. Lelaki/suami sebeginilah yang menjadi dambaan wanita/isteri di luar sana. Hamsom, bergaya , kaya adalah perkara terkebelakang yang sepatutnya menjadi keutamaan dalam memilih jodoh. Pilihlah berdasarkan merit, bukan emosi yang menipu daya.

#HishamNamat
#PerundingPoligamiHarmoni

Wednesday, June 13, 2018



MASALAH SIFATNYA SEMENTARA
============================

Allah jadikan manusia memang bersifat kuat. Itulah sebab Allah sifatkan kita sebagai sebaik-baik kejadian. Manusia memang boleh menerima dugaan dan cobaan walaupun pada skala yang besar. Cuma kita sering kali menyifatkan dugaan itu harus diterima pada masa itu juga, atau ia harus dilalui dalam jangka masa yang pendek. Bila kita melihat pada skop beginilah yang menjadikan dugaan itu dilihat berat untuk ditanggung. Seolah-olah lebih baik mati dari menanggungnya.

Namun jika kita faham fitrah perjalanan jiwa manusia itu sendiri, pasti otak kita akan lebih ringan memproses setiap masalah besar yang dihadapi. Contohnya, jika kita mampu mengerah otak berfikir "dalam enam bulan atau setahun lagi masalah besar yang aku tanggung sekarang ini pasti akan menyurut atau hilang langsung, atau pun ia boleh diterbalikkan menjadi manfaat pula". Semua perkara di dunia ini bersifat sementara, termasuklah juga masalah. Kita kena optimis pada suatu hari nanti masalah tersebut pasti akan di neutralize, malah boleh diarahkan menjadi peluang pula.

Teori ini telah banyak digunapakai oleh pihak opportunist, contoh bagaimana perang telah dimanfaatkan sebagai suatu kesempatan kita bersatu dan akhirnya menjadi kekuatan untuk mengalahkan musuh. Jika tiada peperangan tersebut, mungkin kita jalani hidup secara nafsi-nafsi sahaja. Begitulah juga dalam situasi poligami. Pasti ada situasi yang boleh kita lihat dimanakah ruang yang boleh kita (suami, isteri-isteri dan anak-anak) manfaatkan di suatu masa nanti iaitu apabila sakit hati dan kebencian sudah mula menyurut. Fikirkan, apa faedahnya kita hendak membawa perasaan negetif itu sampai ke lubang kubur.

Saya ada melihat satu keluarga poligami, Semasa hayat suami, madu-madu berseteru level gear 5. Saat kematian suami, madu-madu terpaksa berkerjasama untuk menguruskan jenazah. Kebencian perlu diselindungkan seketika pada masa itu. Di situlah mula berdetik rasa ingin berbaik sangka. Sekarang ini, madu-madu tersebut sudah ibarat adik beradik. Pergi tunaikan umrah pun sudah bersekali. Malangnya nikmat tersebut mereka rasai hanya setelah kematian suami.

Jadikanlah ini pengajaran. Masalah bukan kekal. Tidak rugi kita jadi insan yang berjiwa besar. Allah sayang insan yang sedemikian. Jadilah insan yang dambakan syurga dengan kekuatan jiwa sendiri, bukan 'jiwa ciptaan' yang disandarkan pada orang lain. Setiap orang akan menanggung nasib amal perbuatannya bersendiri di akhirat nanti. Tiada konsep menanggung dosa di dalam agama fitrah ini.

Wallahua'lam

#HishamNamat
#PerundingPoligamiHarmoni

JODOH: MEET BY EXCIDENT VS. POWER OF CHOOSING





Mengimbau kembali pernikahan poligami saya; kewangan dan kebendaan tidaklah sekukuh mana. Saya seorang salesman kereta pada masa itu. Ada turun naiknya yang tersendiri. Jadinya kalau dari sudut itu memanglah saya di kira tidak layak untuk berpoligami pada ketika itu. Tapi saya teruskan juga hasrat tersebut. Yang ada pada diri ketika itu hanyalah kejelasan akal fikiran terhadap apa yang ingin saya capai dalam perkahwinan tersebut. Itulah sebabnya ungkapan magik #SynergisticFamily tersebut sudah ada dalam benak fikiran saya pada masa itu lagi. Ia membawa maksud dengan percantuman satu lagi jiwa baru dalam jiwa-jiwa yang sedia ada dalam keluarga saya akan menjadikan institusi keluarga kami akan lebih kukuh dari sebelum ini. Saya menolak idea berpoligami akan menjadikan keluarga jadi lemah dan becerai berai.

Berdasarkan bekalan tersebut saya mengorak langkah. Mana yang lurus, alhamdulillah. Jika terpincang, kami perbetulkan bersama-sama dengan segala susah payah dan ada kalanya dengan linangan air mata. Elemen yang penting bagi saya ketika itu adalah "KEBERANIAN MENCIPTA KELAINAN " dan "MEMEKAKKAN TELINGA DARI KATA NISTA DAN ANCAMAN PERSEPSI ORANG LAIN ". Fitnah dan mehnah memang tidak terkira. Saya hanya ada satu pegangan prinsip yang boleh dikongsikan di sini iaitu "MASALAH ADALAH UNTUK DIHADAPI DAN DILEPASI RINTANGANNYA; BUKAN UNTUK DILARIKAN DIRI DARINYA"

Wallahua'lam

#HishamNamat
#PerundingPoligamiHarmoni

Monday, June 11, 2018

POLIGAMI HARMONI; AMAL MA'AROF YANG DIBENCI RAMAI



Untuk suatu pasangan poligami yang diterajui oleh sang suami bersama dengan sekurang-kurang dua orang isterinya mencapai makam harmoni, bukanlah suatu kerja mudah. Ianya memerlukan suatu tahap mujahadah yang tinggi, sebelum mampu mengecapi nikmat terselindung yang Allah SWT kurniakan pada mereka. Bukan sedikit cobaan, cacian, ayat-ayat sinis yang perlu dihadam oleh pasangan yang ikhlas melaksanakan amalan ma'arof ini. Setiap satu langkah amat mencabar dan ada likunya yang tersendiri.

Namun setelah segalanya diharungi dan mereka telah mencapai tahap mawahdah di dalam setiap tatacara rumahtangga, timbul pula rasa erihati dari segelintir masyarakat yang tidak senang dengan kebahagiaan mereka. Ini kerana amalan kebaikan sesama mereka itu sendiri merupakan ancaman kepada rumahtangga yang lain, khususnya para isteri. Kebanyakkan isteri monogami amat takut menerima hakikat bahawa keharmonian yang tertonjol dari pasangan poligami ini bakal 'dipelajari', sekiranya suami mereka mula timbul keinginan berpoligami. Ramai dari kalangan wanita zaman ini hanya mahu menikmati kemanisan hidup di dunia secara mutlak bersama suami mereka sahaja. Konsep perkongsian hidup memang tidak boleh di terima sama sekali, walaupun syariat agama amat jelas dalam permasalahan ini. Sebahagian mereka gagal melihat suami sebagai wadah ke syurga, tetapi lebih sebagai hak mutlak mereka di dunia ini.

Namun begitu, penyumbang utama dalam masalah ini, tidak lain dan tidak bukan adalah datang dari kepimpinan sang suami itu sendiri. Kepimpinan yang lemah di dalam aturan dominasi rumahtangga telah menyebabkan si isteri berada di tahap yang sama level dengan suami, sehingga berjaya menumpulkan kelebihan darjat yang Allah kurniakan pada sang suami. Inilah penyakit yang sedang melanda masyarakat zaman sekarang dan ia kelihatan semakin lama semakin parah. Untuk merubah perspektif ini memerlukan suatu usaha yang comprehensive dari pelbagai pihak yang perihatin terhadap isu kekeluargaan

Wallahua'lam

#HishamNamat
#PerundingPoligamiHarmoni
#SolusiHarmoniBerkongsiKasih

Sunday, June 10, 2018

UBAT POLIGAMI ADALAH LALUAN MASA



Suatu perkara yang saya belajar dalam mengharungi laluan berliku poligami adalah "bersabar & bertahan dengan masa". Tidak semua perkara anda punyai jawapannya serta merta. Ada perkara tertentu anda harus biarkan masa yang mengubatinya. Itulah konsep "time will heal". Anda hanya perlu ada ilmu bertahan. Ibarat satu pasukan bolasepak yang underdog dalam menghadapi lawan yang jauh lebih superior; coach pasti akan menasihati pemainnya agar tumpu pada bertahan dan jangan menyerang jika tiada peluang. Matlamatnya hanyalah biar kalah dengan 2 - 0 berbanding dimalukan dengan 10 - 0. Contoh nyata dalam rumahtangga saya sendiri adalah menghilangkan sikap prasangka sesama isteri. Dalam banyak keadaan saya hanya biarkan kesilapan berlaku. Lama kelamaan kami akan belajar dan akan memahami pembelajaran tersebut hanya di hujung waktu. Setelah timbulnya kefahaman, semuanya seakan tiada masalah dan keyakinan menjadi semakin solid. Ini adalah salah satu SENI tahap yang tertinggi dalam amalan ilmu Poligami Harmoni.

#HishamNamat
#SynergisticFamily
#PerundingPoligamiHarmoni

GILIRAN HARI RAYA DAN SISTEM PERCUTIAN


Alhamdulillah... Lebaran semakin menggamit, Ramadhan pula semakin meninggalkan kita. Masing2 nampaknya sudah mula mencipta mood tersendiri untuk menyambut e'dul fitri. Sudah banyak posting yang menggambarkan suasana ini. Salah satunya saya terpanggil untuk respon kerana ia merupakan cabaran besar bagi pengamal poligami iaitu giliran berhari raya bersama isteri masing2. Ada segelintir yang sinis apabila melihat dengan pandangan kasihan pada isteri2 yang dilihat terpaksa berbahagi kasih di hari yang penuh bermakna nanti. Di sini saya kongsikan pengalaman dalam melalui setiap lebaran di sepanjang tempoh rumahtangga poligami yang saya lalui.

Sudah 8 tahun saya berpoligami dan tidak pernah sekali pun saya berpecah dengan isteri2 di hari lebaran. Kami berhari raya sebagai 1 unit keluarga.

- Gambar 1 - 3 adalah gambar tahun lepas (2017) iaitu di kampung saya di Kuala Kangsar. 

- Gambar 4 adalah gambar isteri bongsu dan anak sulung bersama dengan kakak sulung saya. Beliau adalah kakak yang paling menentang semasa saya berpoligami dahulu. Tetapi sekarang semuanya sudah dineutralkan

- Gambar 5 - 8 adalah semasa menyambut e'dul fitri di Jerteh (2016). Isteri bongsu turut pulang dan sentiasa diterima baik oleh keluarga isteri sulung saya.

- Gambar 7 ialah mak mertua saya. Dia saya muliakan di saat saya ingin berpoligami dahulu. Saya tidak menipu dan berselindung dengan beliau dan ipar Dubai. Mereka saya maklumkan dengan cara terhormat.

- Gambar 9 - 12 adalah semasa berhari raya di Rengit Johor (2015) iaitu semasa giliran isteri bongsu. Isteri sulung dan anak2 turut beramah mesra dengan keluarga besar mertua saya.

- Gambar 11 adalah mak mertua (kiri), adik beliau (kanan) dan arwah ayah mereka (Tok mertua saya)

- Gambar 12 ialah bapa mertua saya

- Gambar 13 - 19 adalah gambar2 percutian sederhana yang kami lalui. Ada masanya saya akan bercuti dengan seluruh keluarga. Ada masanya juga saya bercuti secara privercy dengan setiap seorang dari isteri2. Biasanya saya ambil kesempatan sewaktu anniversary mereka masing2.

- Jika anda tanya bagaimana saya punyai kekuatan mengharungi semua ini, gambar 20 adalah jawapannya. Ketakutan hanyalah fatamorgana. Pun begitu saya bersyukur dan yakin apa yang kami lalui setakat ini hanyalah dengan rahmat Allah SWT semata-mata.

P/s... Gambar2 saya filter. Mudah2an niat saya terpelihara. Saya kongsikan semua ini demi memberi gambaran murni apa itu #PoligamiHarmoni

#HishamNamat
#SynergisticFamily
#SolusiHarmoniBerkongsiKasih


Saturday, June 9, 2018

Buku yang memberi "JALAN KELUAR" bagi yang sedang terperangkap dalam POLIMIK POLIGAMI



KEPENTINGAN GILIRAN DAN KEAMPUHAN BERLAPANG DADA


Saya tak kata isu giliran tak penting. Isu giliran sebenarnya kena banyak di'try&error'kan sehingga kita dapat fine tune aturan mana yang paling Menghampiri Keadilan. Namun sebagai suami berpoligami, keakraban hubungan 'adik-kakak' di antara isteri-isteri adalah sesuatu yang amat didambakan dan perkara ini tidak akan mudah berlaku selagi mana komunikasi berkesan tidak dapat diwujudkan oleh suami itu sendiri. Komunikasi berkesan amat penting bagi meneturalkan elemen prejudice yang menjadi musuh utama dalam hubungan madu-madu. Oleh itu janganlah salah menumpu pada isu yang seharusnya kita lebih memberi tumpuan. Hubungan rumahtangga #PoligamiHarmoni seharusnya GEL di antara unit ahli-ahlinya.

#HishamNamat
#PerundingPoligamiHarmoni

SESI KAUNSLING 'MUDAH' KERANA HADIRNYA JIWA YANG 'MEMBENARKAN'



Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan meluangkan masa untuk sesi kaunsling bersama keluarga poligami ini. Perjumpaan adalah atas dasar temujanji dan saya lakukan kaunsling tersebut di ruang lobi yang terbuka di D'Tempat Country Club, Sendayan, Negeri Sembilan, iaitu sebuah club house yang saya menjadi ahlinya.

Sebenarnya amat payah untuk saya dapatkan suasana sebegini iaitu satu keluarga poligami yang lengkap dengan kehadiran suami, isteri pertama dan isteri yang baru dikahwininya. Kebiasaannya pengaduan datang dari salah seorang dari isteri yang merasa terinaya dengan perkahwinan poligami suaminya atau pun sang suami sendiri yang meminta nasihat saya secara solo tentang tatacara mengendalikan rumahtangga poligaminya. Tahniah pada keluarga ini kerana berupaya merendahkan ego masing-masing demi mendapatkan nasihat dan panduan untuk mengharungi hari-hari mendatang mereka dalam suasana rumahtangga poligami yang harmoni.

Sedikit Fakta Kes: 

Usia perkahwinan monogami telah menjangkau enam tahun. Namun lebih kurang sebulan yang lepas si suami telah berpoligami dalam keadaan senyap tanpa pengetahuan isteri sulung. Namun tidak lama selepas poligami, rahsia pun terbongkar dengan si suami mengambil keputusan menceritakan perihal perkahwinan tersebut pada isteri sulungnya. Alhamdulillah walaupun isteri sulung sangat terkesan dengan tindakan pihak suami tetapi beliau masih mampu mengawal keadaan dengan mengambil jalan berbincang. Tahniah pihak isteri sulung. Anda wanita yang hebat. Atas dasar ingin menempuhi hari mendatang dengan suasana dan aura yang positif maka beliau mengambil tindakan untuk mendapatkan nasihat saya dengan memujuk suami dan madunya untuk terlibat sekali. Allah SWT telah mudahkan keluarga ini. Jiwa mereka lembut untuk mencari kebenaran.

Saya menyifatkan situasi ini adalah rahmat dan memudahkan bagi saya melaksanakan 'tugas' dalam memberi nasihat dan pandangan. Seperti biasa saya akan merungkaikan dahulu kenapa lelaki disifatkan sebagai UNSTOPPABLE dan saya membawa mereka semua melihat poligami dari sudut sejarah bagaimana poligami bermula. Saya menekankan peri pentingnya suami untuk mengambil tanggungjawab ini dengan kefahaman konsep "Harmonic Polygamy: 80% Responsibility; 20% Fun & Pride". Suami mesti berusaha menetapkan matlamat untuk semua unit dalam keluarganya berkerja dan mencapai matlamat tersebut. Dengan cari itu mereka akan berkerja keras dan akan berupaya mengenepikan perkara-perkara remeh dalam rumahtangganya. Saya mengingatkan isteri bongsu bahawa tanggungjawab beliau sebenarnya lebih berat dari isteri sulung. Manakala isteri sulung pula saya ingatkan agar mementing matlamat jangka sederhana dan panjang dalam rumahtangga unik ini kerana nikmat terselindung di sebalik ujian ini amatlah manis untuk dikecapi. Saya akan tetap memerhatikan mereka selepas ini kerana saya sendiri amat menaruh keyakinan bahawa satu lagi keluarga poligami harmoni akan Allah SWT takdirkan muncul tidak lama lagi... Biiznillah

Wallahu a'lam

#HishamNamat
#PerundingPoligamiHarmoni

Friday, June 8, 2018

KEWAJARAN BERPOLIGAMI BUKAN SEBAB PENYEMPURNAAN TETAPI DEMI KEPERLUAN JIWA LELAKI DAN WANITA ITU SENDIRI

Sy mudahkan dalam bentuk point:
1. Lihat poligami dalam bentuk konsep, bukan emosi. Allah 'design' syariat ini untuk selesai maslahah umum, bukan tambah masalah

2. Saya pernah ungkapkan sebelum ini iaitu "kahwin untuk capai matlamat bukan kahwin itu matlamat". Bila kita kahwin demi matlamat, bercinta pra perkahwinan bukanlah keperluan. Sepatutnya proses pra perkahwinan itu diisi dengan perbincangan matang di antara pihak yg terlibat bagaimana masing-masing pihak hendak contribute untuk capai matlamat tersebut. Bukannya dipenuhi dengan elemen memadu asmara ke lautan biru

3. Poligami terhasil dari keperluan jiwa. Untuk mencapai garisan penamat 400 meter, berlari secara relay 4 x 100 adalah lebih efisien berbanding solo 400 meter. Faham kan

4. Jangan fikir poligami hanya memenangkan suami sahaja. Kalau 'poligami ke laut' hakikatnya suami tu pun tak menang. Apa makna sebuah kehidupan jika saban hari dipenuhi dengan unsur penipuan dan otak berserabut. Di mana sunnahnya... Di manakah pahalanya

5. Poligami Harmoni adalah 'SITUASI MENANG-MENANG'. Isteri-isteri pun diposisi yang menang kerana tautan jiwa ini bakal menghasilkan banyak perkara yang anda tidak boleh bayangkan jika anda seorang yang berada di luar sistem poligami itu sendiri. Untuk menghayati apa yang saya maksudkan ini anda kenalah berani berkawan dengan pasangan poligami yang harmoni. Insyallah anda akan mampu menggarap elemen kebaikan berpoligami secara harmoni tersebut

6. Ada banyak lagi point. Cukuplah setakat ini. Anda boleh tambah sendiri, terutamanya dari pengamal Poligami Harmoni. Pengisian dari orang yang berbuat terhadap apa yang dia katakan itu dilimpahi dengan keberkatan Allah berbanding dari para pengteori.
Wallahua'lam

LELAKI ADALAH UNSTOPPABLE


SOLUSI HARMONI BERKONGSI KASIH



Buku yang menyentuh hingga ke dasar lubuk hati insan-insan yang berada dalam POLIMIK POLIGAMI. Memilikinya adalah suatu keperluan kerana buku ini padat dengan panduan teknikal tentang mengatur perjalanan sesebuah rumahtangga poligami itu sendiri. Ianya padat dengan bahan 'Action Research' yang diperolehi oleh penulis melalui sumber pemerhatian, pengalaman dan kajian beliau

SIAPA HISHAM NAMAT

Beliau adalah penulis buku berhantu yang diberi nama Solusi Harmoni Berkongsi Kasih yang semakin hangat di pasaran online sekarang. Ramai pasangan poligami yang telah teranjak paradigmanya akibat sentuhan magis pemikiran luar kotak yang beliau kemukakan melalui buku ini. Beliau juga banyak mengendalikan sesi kaunsling pada pasangan poligami sedang berada dalam polimik tersebut.

Usia rumahtangga poligami beliau telah pun melebihi lapan tahun dan sekarang beliau tinggal sebumbung bersama dua isteri dan tiga anaknya. Beliau menjadikan Poligami Harmoni sebagai suatu leverage untuk mengembangkan lagi perniagaan yang diusahakan oleh siisi keluarga beliau. Selain menulis buku, beliau merupakan founder pada Group Facebook "Solusi Bahagia Berkongsi Kasih" di samping aktif menulis di Page beliau iaitu www.facebook.com/SynergisticFamily dan juga www.facebook.com/Poligami Harmoni

Buku ini hanya dijual melalui pasaran online dan berharga RM28.00 sahaja (tidak termasuk kos pos). Untuk dapatkan buku ini, sila wasap "POLIGAMI" dan hantarkan ke 012-289 9702