Sunday, August 4, 2019

SESI RUNDINGCARA POLIGAMIHARMONI


Fakta kes:

Client datang berseorangan dengan harapan mendapat panduan soheh tentang tatacara berpoligami secara harmoni. Isteri amat payah hendak diyakinkan keikhlasan client ingin berpoligami. Dalam masa yang sama, calon isteri pula meletakkan beberapa syarat jika client berhasrat mengahwininya. Ini menjadikan client buntu dan akhirnya membuat appointment untuk meminta nasihat.

Saya menyusun beberapa pembahagian dalam usaha memberi faham apakah pendirian dan langkah pragmatic yang perlu diambil oleh client. Antara pembahagian tersebut adalah:

1. Memantapkan kefahaman apa yang dikatakan sebagai PoligamiHarmoni

2. Ciri-ciri boleh laku (doable) yang menyebabkan seorang suami itu boleh berpoligami

3. Halangan-halangan yang bakal ditempuhi dan time frame untuk mengatasi halangan tersebut

4. Kepentingan memilih dan memastikan calon isteri boleh menerima pakej keluarga client yang sedia ada

5. Teknik-teknik memaklum dan menyantuni hingga mampu membuka minda isteri menerima ketentuan berpoligami

SESSION berakhir dengan memberi faham akan tuntutan ayat Al-Quran dari Surah An-Nisa: Ayat 129 iaitu kepentingan MEMPERBAIKI & MEMELIHARA DIRI. Client berhasrat memujuk isteri untuk hadir lagi sekali untuk berhadapan dengan point-point penting dari isteri-isteri saya pula.

Adakalanya seorang wanita memerlukan perspektif dari wanita lain juga dalam membentuk kefahaman dan keyakinan untuk berpegang pada perkara baru yang bakal berlaku dalam hidup.

Wallahua'lam

#HishamNamat
#PerundingPoligamiHarmoni

Sunday, July 28, 2019

RUNDINGCARA POLIGAMIHARMONI


Ketika orang bertanyakan pada saya sama ada secara fone call atau berhadapan (wasap/massenger saya tak layan), saya akan menganalisa dahulu masalahnya. Saya akan menjadi pendengar yang baik sambil otak ligat berfikir... Perlu atau tidak aku teruskan untuk memberi nasihat.

Bukan semua kes saya mampu nasihat. Kalau sudah bulat hati untuk bercerai misalnya, saya bukanlah orang yang sesuai diminta pandangan. Kadang-kadang memang kes itu sesuai untuk dinasihat tetapi saya akan menimbang pula sejauh mana orang tersebut mampu menerima nasihat. Jika gerak hati saya merasakan dia tidak punya kemampuan untuk ABSORB apa yang akan dikata, maka saya akan mencari jalan agar sesi NASIHAT SEBENAR tidak diteruskan. Ia akan berlegar-legar pada perbualan biasa sahaja. Dalam hal sebegini lazimnya perbincangan akan menjadi enak dan beliau pasti memberi rating bahawa Hisham Namat ni adalah orang yang amat senang didekati.

Hanya orang yang benar-benar layak dan mampu menerima nasihat saya sahaja yang akhirnya akan masuk ke GEAR SEDERHANA. Pada tahap ini mungkin orang itu akan berkata... "kejamnya Hisham Namat ni". Semuanya kelihatan begitu 'ketat' dan payah untuk dihadam. Di tahap ini segala apa yang saya katakan masih lagi berlegar secara CONCEPTUAL. Amat minimum saya akan berkata tentang hal-hal teknikal dalam solusi menyelesaikan masalah. Bukan saya tidak mahu 'memberi', tapi keadaan itu masih lagi belum sesuai untuk perkara-perkara teknikal diperkatakan.

Hanya mereka yang benar-benar bersedia jiwanya baru akan memasuki konsaltasi GEAR TINGGI. Pada tahap ini masa yang lebih panjang diperlukan. Lazimnya appointment perlu dibuat dan tempat yang selesa perlu diadakan bagi melancarkan sesi rundingcara tersebut.

Lazimnya topik akan tertumpu pada 2 perkara ini sahaja:

🌹 Memulihkan hubungan romantik pasangan, atau

🌹 Mencari ruang dan jalan #PoligamiHarmoni dapat dicapai

Barang diingat... Sesi rundingcara ini bukanlah sesuatu yang enak untuk dilalui. Dalam banyak keadaan anda tidak akan gembira dengan apa yang anda akan dengar dari saya. Lazimnya saya akan menyusuri hingga ke PANGKAL MASALAH. Hanya dengan langkah itu barulah kita mampu menyusun langkah terhadap setiap 'pembaikan' yang ingin dilakukan.

#HishamNamat
#PerundingPoligamiHarmoni

Friday, April 26, 2019

LELAKI HANYA TAHU NAK POLIGAMI JE


Ada pihak yang masih tidak faham-faham akan kebaikan BERANI BERTERUS TERANG. Mereka gagal melihat dari sudut 'kemenangan' dua perkara ini iaitu:

1. KEBERANIAN
2. KEPERCAYAAN

Group Solusi Bahagia Berkongsi Kasih (SBBK) diwujudkan dengan tujuan mendidik dan 'memberi nampak' betapa pentingnya dua perkara di atas. Sesiapa pun boleh berpoligami. Bukan susah pun. Dengan hanya satu penipuan atau anda gelarkanlah dengan segala gelaran yang lebih lembut dari itu, maka anda sudah 'berjaya' menghadirkan seorang lagi wanita dalam hidup. Walaupun anda seorang pengecut, akhirnya anda tetap juga boleh berpoligami. Nak bernikah secara senyap tiada siapa yang menghalang. Go ahead and be my guest. Anda mungkin tahu ancaman Allah SWT ke atas suami yang tidak berlaku adil. Namun keinginan kuat hendak beristeri lebih telah menjadikan anda rasa tidak tergolong dengan ancaman tersebut. Anda rasa anda mempunyai berbagai 'jastifikasi' untuk menjawab di hadapan Allah SWT nanti.

Saya hendak maklumkan di sini, dalam apa jua keadaan, BERANI sentiasa akan meletakkan anda selangkah ke hadapan dari yang lain. Setiap orang ada episod keberaniannya masing-masing dalam setiap perkara yang dilakukan. Disebabkan berani berhadapan hakikat dan berani mengambil resikolah maka anda berjaya mencapai sesuatu dalam hidup. Dalam dunia poligami, berani berterus terang akan menghadirkan rasa hormat isteri terhadap anda. Memanglah ia tidak ditonjolkan serta merta, tetapi hormat itu akan dengan sendirinya terbentuk dalam diri isteri dan ianya akan banyak membantu anda di masa hadapan.

Orang yang tidak berani berterus terang lazimnya hanya berfikir setakat "Janji aku boleh kawen". Namun bagi suami yang BERANI BERTERUS TERANG, setidak-tidaknya ada IDEA KEHARMONIAN dalam benak fikirannya. Dalam ertikata lain, tindakan berdiam diri lebih bersifat penting diri (selfish). Sedangkan berani berterus-terang dilihat lebih bersifat ingin menyantuni. Santun adalah sifat dan keperibadian mulia yang ditunjukkan Baginda Rasulullah saw. Inilah yang membezakan kualiti di antara dua jenis suami tersebut.

Dari sudut KEPERCAYAAN pula ia akan menghadirkan suasana "Membantah dalam taat". Ini amat berbeza jika isteri rasa dikhianati dan dianggap tidak penting dalam hidup suami. Jika isteri sebegini Membantah, mereka berpotensi untuk "Membantah di luar taat". Kesannya amat berbeza. "Membantah di dalam taat" tetap ada rasa hormat dan ingin menjaga batasan tertentu dalam usaha menzahirkan kekecewaan. Namun jika "Membantah di luar taat" lazimnya ia berpotensi hingga menginjak-injak maruah suami. Maka di situlah bermulanya sebuah keretakan yang menjurus pada penceraian.

Saya boleh runutkan lagi perkara ini. Namun cukuplah sekadar ini penjelasan saya. Pada Allah Ta'ala saya berserah.

Wallahua'lam

#HishamNamat
#SynergisticFamily
#BerdamaiDenganFitrah

Friday, April 19, 2019

KEMAMPUAN BERTAAT



Dalam sistem kekeluargaan Islam, ketaatan isteri adalah sesuatu yang dituntut. Dari segi maksud syariatnya, ketaatan ini bersifat menyeluruh dan tidak berpilih-pilih. Ianya harus berlaku waima suami dalam kelalaian. Kaedah menegur suami bukanlah banyak tertumpu pada argument tetapi lebih kepada 'mainan halus' secara body language dan perilaku yang tidak banyak menyentap hati suami. Pendekatan ini amat berlawanan dengan kebanyakkan amalan agama lain. Lazimnya mereka banyak menggunapakai formula "My attitude is dependent on your attitude towards me". Ketaatan yang dicurahkan hanyalah bersifat "Suam-suam kuku sahaja".

Kepentingan taat di dalam Islam adalah bagi memastikan rumahtangga kekal utuh hingga ke akhir hayat. Ini kerana rumahtangga adalah medan kita mengetuk rahmat Allah SWT. Sedari awal Islam sudah menyedari bahawa rumahtangga bukan tempat menyemai sifat romantik yang berlebihan. Ia lebih kepada mencari kebahagiaan hati dan mengejar rahmat Ilahi. Ahli-ahli di dalam keluarga harus disedarkan betapa "Langit tidak akan selalunya cerah". Bila ujian melanda, nilai romantik yang dibanggakan itu tidak akan banyak dapat membantu. Nilai taat dan berhemahlah yang akhirnya menjadi bahtera penyelamat dalam setiap pergolakan besar.

Segala argumentative dari pihak isteri haruslah berlaku dalam suasana "DALAM BERTAAT". Sejauh mana anda pergi, anda akan tetap 'diikat dengan TALI TAAT '. Ini disebabkan jika 'tali' itu terputus dan argument telah mula melangkah hingga masuk ke sempadan "LUAR BERTAAT", maka ianya bukan lagi sesuatu yang 'sihat'. Di kala ini akan banyak unsur 'memijak maruah' berbanding mencari jalan penyelesaian. Jesteru itulah aturan yang digariskan Agama Fitrah ini benar-benar halus sifatnya. Anda tidak akan mampu memahaminya secara literal. Anda harus kuat menggali bagi mendapatkan status "Mukmin sejati".

Jesteru itulah Allah SWT berfirman:

"Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma'ruf. Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"

(Al-Baqarah:Ayat 228)

Wallahua'lam

#HishamNamat
#PoligamiHarmoni
#SynergisticFamily
#BerdamaiDenganFitrah

Thursday, January 10, 2019


Konflik rumahtangga boleh berpunca dari pelbagai sebab. Dari sekecil-kecil perkara, hinggalah masalahh yang menggunung. Apa pun masalahnya, jangan kita lari dari dasar yang telah digariskan oleh agama yang "syamil" ini. Prinsip kerukunan rumahtangga Islam adalah:

📌 Suami memimpin, isteri dan anak-anak adalah yang dipimpin. Bukan semestinya yang memimpin itu betul. Akan berlaku banyak GRAY AREA apabila pemimpin itu ingin membuat keputusan. Dalam banyak keadaan kita tidak sedar, point yang kita bangkang itu pun GRAY juga sifatnya. Oleh itu, belum tentu juga kita yang membangkang itu berada di pihak yang betul. Bila berlaku pertelagahan begini, ingat balik siapa yang di hadapan dan siapa yang berada di belakang. Sikap yang benar adalah mengikut dengan taat dan berdoa dengan sesungguh hati agar Allah SWT mempermudahkan terhadap keputusan yang telah di buat. Bertegang leher sampai ke sudah tidak akan memenangkan sesiapa. Semua anggota keluarga itu akan rugi.

📌 Jangan lari dari masalah. Masalah adalah seninonim dengan ketidak selesaan.  Natural reflect terhadap perkara yang kita tidak selesa adalah dengan menjatuhkan diri. Malas fikir, nanti dulu, kemudian la tengok, lantak la, lama-lama setel la tu; ini semua adalah tindakan spontan bila kita berhadapan dengan masalah. Ubah sikap ini. Jadilah pasangan yang terus berani berhadapan dengan sebarang masalah. Bak kata YDP Agung Sultan Muhammad V, "SILA DUDUK DAN JANGAN LARI". Bincangkan dengan lumat walaupun hati anda lumat dibuatnya . Jika ini menjadi kebinasaan, imunisasi  kerumahtanggaan akan semakin menebal dan itu adalah petanda yang sihat.

📌 Wujudkanlah jiwa yang berserah. Bila masalah anda selesai, bukan bermaksud anda hebat. Anda telah diberi nikmat oleh Allah Ta'ala di dalam perkara tersebut. Allah SWT telah menebarkan ehsanNya dalam memudahkan belenggu yang menghimpit diri anda buat seketika. Apabila selesai satu-satu masalah, menzahirkan syukur adalah perkara pertama yang perlu anda lakukan. Barulah anda menjadi mukmin yang 'didekati' oleh Sang Maha Pencipta.

Wallahua'lam

#HishamNamat