Saturday, August 14, 2021

LANDING PAGE DI pemurni.org.my

 Berapa kerap kita dapat saksikan poligami dibincang secara ilmiah untuk MEMBANGUNKAN sesebuah institusi keluarga??





Jika usaha ini dipacu bersungguh-sungguh, pasti akan ada pihak yang menganggap ia adalah percubaan MEMPROMOSIKAN POLIGAMI...




DAFTAR SEKARANG


Poligami adalah salah satu syariat besar dalam Islam. Sama ada suka atau tidak, amalan poligami akan tetap berterusan walau seburuk mana pun gambaran yang cuba diberi. Namun sayang... bercerita tentang kebaikan poligami akan sentiasa dielak oleh ramai pihak kerana: 

➤ ia akan dianggap menyinggung golongan wanita yang sentiasa memperjuangkan semangat SETIA, dengan slogan "Satu suami, Satu isteri"

➤ bimbang ramai suami makin menjadi-jadi keinginan 'menambah lagi' kerana perbincangan begitu ibarat memberi 'TONIK' buat mereka

➤ sesiapa yang mempelopori perbincangan begini akan mudah 'dicop' sebagai 'MALA FIDE' atau paling tidak dilihat sengaja mencari publisiti




Ironiknya kita seperti telah 'DIPROGRAM' untuk melihat poligami dari sudut destruktif sahaja. Jika ini dipaparkan, kita akan rasa 'OK' kerana ia sememangnya ingin dilihat demikian. Fenomena inilah yang membentuk "Fikiran Bawah Sedar" (Subconsciousness), bahawa tindakan berpoligami samalah ertinya dengan sengaja menempah keruntuhan rumahtangga.

Sebaliknya jalan ke arah sejahtera bila berpoligami akan dilihat begitu sempit untuk dilalui. Sedikit kesilapan yang dipamir akan menyebabkan usaha murni itu menjadi sia-sia sahaja. Ini kerana kita sering dimomokkan dengan STIGMA..

Ketidakmampuan
➤  Ketidakadilan
➤  Kezaliman
➤  Penganiayaan
➤  Nafsu Serakah

Kita amat keberatan untuk melihat apakah mesej yang cuba 'disampaikan' oleh Allah SWT tentang kenapa syariat ini 'diluluskan' olehNya. Apabila ia datang dari Allah SWT, pastilah syariat itu membawa 1001 macam kebaikan untuk kita nikmati. Hakikatnya tidak sukar untuk kita memahami persoalan ini. Namun atas kepentingan tertentu, kita tetap akan cenderung untuk tidak mahu berfikir begitu...

KENAPA???

Sesungguhnya persoalan ini terlalu besar dan kompleks untuk dijawab. Namun ringkasnya, telah berlaku evolusi pemikiran dan disiplin ilmu dalam melihat maksud sesuatu syariat itu diturunkan (Maqasid Syariah). Akhirnya melalui masa, ia lebih selesa difahami secara huraian batasan syarak sahaja (Usul Fiqh). Ia dilihat bersesuaian dengan perkembangan istimbat hukum ketika itu. Bila berlaku 'kecairan' dari bentuk asal, rupa sebenar syariat sudah sukar dibayangkan lagi. Maka berlakulah proses meneka-neka dan apa yang lebih membimbangkan... ia mula diambil mudah dengan hanya bersandarkan setakat apa yang terlihat ketika itu sahaja.

Akhirnya syariat poligami mula dilakukan atas dasar ikut-ikutan dan dijalani sekadar apa yang digariskan oleh "Usul Fiqh" sahaja. Roh sebenarnya telahpun lama hilang dan percubaan mengembalikan 'semangat asal' tersebut akan menempuhi banyak rintangan.






DAFTAR SEKARANG



SEMINAR PENYESUAIAN
KELUARGA POLIGAMI






Ini adalah satu usaha membincangkan poligami dari sudut pandang PSIKOLOGI sahaja. Ia bukan bertujuan mengenepikan pandangan syarak mahupun perundangan. Mari kita cuba selami PERCATURAN JIWA mereka yang sedang berada di alam ini. Kita tumpukan perbincangan ini khusus pada FASA-FASA AWAL POLIGAMI supaya lebih difahami corak atau bentuk penyesuaian yang boleh berlaku. Moga perbincangan dari sudut "SAINS SOSIAL" ini akan memberi sedikit impak untuk kita melihat poligami dari kacamata yang lebih sejahtera.




                          

DAFTAR SEKARANG


Program ini adalah hasil kerjasama Kluster Kaunseling, Pengurusan Krisis dan Kebajikan Sosial (PK&KS), Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia ( PsiTra) di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan juga Pertubuhan Poligami Murni Malaysia (PEMURNI). Ia merupakan seminar sehari yang melibatkan pembentangan empat (4) "Kertas Kerja" dan satu (1) "Sesi Forum". 


JADUAL TENTATIF SEMINAR



Pembentangan ini disandarkan pada HASIL KAJIAN LAPANGAN serta PENGALAMAN PENGAMAL POLIGAMI itu sendiri. Penyertaan Seminar ini terbuka kepada sesiapa sahaja atau entiti mana yang berminat. Ia akan dijalankan sepenuhnya secara "Atas Talian" (Online) dengan menggunakan Pelantar "ZOOM". Sebagai panduan pendaftaran, disertakan kategori penyertaan yang tersedia:

1. INDIVIDU:
Yuran Penyertaan RM40/peserta
Yuran "Early Bird" sebelum 8 September 2021 RM30/peserta

2. BERKUMPULAN NGO:
(Minimum 5 orang peserta)
Yuran Penyertaan RM30/peserta
Yuran "Early Bird" sebelum 8 September 2021: RM20/peserta

3. BERKUMPULAN INSTITUSI KERAJAAN/BADAN BERKANUN:
(Minimum 5 orang peserta)
Yuran Penyertaan RM30/peserta
Yuran "Early Bird" sebelum 8 September 2021: RM20/peserta

4. BERKUMPULAN SWASTA:
(Minimum 5 orang peserta)
Yuran Penyertaan RM30/peserta
Yuran "Early Bird" sebelum 8 September 2021: RM20/peserta

5. BERKUMPULAN SUAMI ISTERI ATAU BERPOLIGAMI
Yuran Penyertaan RM30/peserta
Yuran "Early Bird" sebelum 8 September 2021: RM20/peserta

Setiap peserta akan diberi:

1. Sijil Penyertaan Digital
2. Bahan-bahan Seminar Digital

Maklumat berkaitan Seminar adalah seperti berikut:

Tarikh: 18 September 2021
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang
Tarikh Tutup Pendaftaran: 15 September 2021
Link Penyertaan: Diemail pada 17 September 2021 (Sebelum 10.00 malam)


DAFTAR SEKARANG