Sunday, July 28, 2019

RUNDINGCARA POLIGAMIHARMONI


Ketika orang bertanyakan pada saya sama ada secara fone call atau berhadapan (wasap/massenger saya tak layan), saya akan menganalisa dahulu masalahnya. Saya akan menjadi pendengar yang baik sambil otak ligat berfikir... Perlu atau tidak aku teruskan untuk memberi nasihat.

Bukan semua kes saya mampu nasihat. Kalau sudah bulat hati untuk bercerai misalnya, saya bukanlah orang yang sesuai diminta pandangan. Kadang-kadang memang kes itu sesuai untuk dinasihat tetapi saya akan menimbang pula sejauh mana orang tersebut mampu menerima nasihat. Jika gerak hati saya merasakan dia tidak punya kemampuan untuk ABSORB apa yang akan dikata, maka saya akan mencari jalan agar sesi NASIHAT SEBENAR tidak diteruskan. Ia akan berlegar-legar pada perbualan biasa sahaja. Dalam hal sebegini lazimnya perbincangan akan menjadi enak dan beliau pasti memberi rating bahawa Hisham Namat ni adalah orang yang amat senang didekati.

Hanya orang yang benar-benar layak dan mampu menerima nasihat saya sahaja yang akhirnya akan masuk ke GEAR SEDERHANA. Pada tahap ini mungkin orang itu akan berkata... "kejamnya Hisham Namat ni". Semuanya kelihatan begitu 'ketat' dan payah untuk dihadam. Di tahap ini segala apa yang saya katakan masih lagi berlegar secara CONCEPTUAL. Amat minimum saya akan berkata tentang hal-hal teknikal dalam solusi menyelesaikan masalah. Bukan saya tidak mahu 'memberi', tapi keadaan itu masih lagi belum sesuai untuk perkara-perkara teknikal diperkatakan.

Hanya mereka yang benar-benar bersedia jiwanya baru akan memasuki konsaltasi GEAR TINGGI. Pada tahap ini masa yang lebih panjang diperlukan. Lazimnya appointment perlu dibuat dan tempat yang selesa perlu diadakan bagi melancarkan sesi rundingcara tersebut.

Lazimnya topik akan tertumpu pada 2 perkara ini sahaja:

🌹 Memulihkan hubungan romantik pasangan, atau

🌹 Mencari ruang dan jalan #PoligamiHarmoni dapat dicapai

Barang diingat... Sesi rundingcara ini bukanlah sesuatu yang enak untuk dilalui. Dalam banyak keadaan anda tidak akan gembira dengan apa yang anda akan dengar dari saya. Lazimnya saya akan menyusuri hingga ke PANGKAL MASALAH. Hanya dengan langkah itu barulah kita mampu menyusun langkah terhadap setiap 'pembaikan' yang ingin dilakukan.

#HishamNamat
#PerundingPoligamiHarmoni