Thursday, January 10, 2019


Konflik rumahtangga boleh berpunca dari pelbagai sebab. Dari sekecil-kecil perkara, hinggalah masalahh yang menggunung. Apa pun masalahnya, jangan kita lari dari dasar yang telah digariskan oleh agama yang "syamil" ini. Prinsip kerukunan rumahtangga Islam adalah:

📌 Suami memimpin, isteri dan anak-anak adalah yang dipimpin. Bukan semestinya yang memimpin itu betul. Akan berlaku banyak GRAY AREA apabila pemimpin itu ingin membuat keputusan. Dalam banyak keadaan kita tidak sedar, point yang kita bangkang itu pun GRAY juga sifatnya. Oleh itu, belum tentu juga kita yang membangkang itu berada di pihak yang betul. Bila berlaku pertelagahan begini, ingat balik siapa yang di hadapan dan siapa yang berada di belakang. Sikap yang benar adalah mengikut dengan taat dan berdoa dengan sesungguh hati agar Allah SWT mempermudahkan terhadap keputusan yang telah di buat. Bertegang leher sampai ke sudah tidak akan memenangkan sesiapa. Semua anggota keluarga itu akan rugi.

📌 Jangan lari dari masalah. Masalah adalah seninonim dengan ketidak selesaan.  Natural reflect terhadap perkara yang kita tidak selesa adalah dengan menjatuhkan diri. Malas fikir, nanti dulu, kemudian la tengok, lantak la, lama-lama setel la tu; ini semua adalah tindakan spontan bila kita berhadapan dengan masalah. Ubah sikap ini. Jadilah pasangan yang terus berani berhadapan dengan sebarang masalah. Bak kata YDP Agung Sultan Muhammad V, "SILA DUDUK DAN JANGAN LARI". Bincangkan dengan lumat walaupun hati anda lumat dibuatnya . Jika ini menjadi kebinasaan, imunisasi  kerumahtanggaan akan semakin menebal dan itu adalah petanda yang sihat.

📌 Wujudkanlah jiwa yang berserah. Bila masalah anda selesai, bukan bermaksud anda hebat. Anda telah diberi nikmat oleh Allah Ta'ala di dalam perkara tersebut. Allah SWT telah menebarkan ehsanNya dalam memudahkan belenggu yang menghimpit diri anda buat seketika. Apabila selesai satu-satu masalah, menzahirkan syukur adalah perkara pertama yang perlu anda lakukan. Barulah anda menjadi mukmin yang 'didekati' oleh Sang Maha Pencipta.

Wallahua'lam

#HishamNamat