Monday, August 27, 2018

POLIGAMI HARMONI: PEMUPUK BAIK SANGKA



Kebahagiaan berpoligami adalah suatu nikmat yang Allah SWT takdirkan bagi hamba-hambaNya yang teruji. Itulah hikmahnya berpoligami; ujian demi ujian sehingga mematangkan setiap unit anggota keluarga yang unik ini. Mereka bukanlah insan-insan hebat seperti yang anda selalu bayangkan. Mereka hanyalah insan yang mampu bersangka baik dengan setiap rintangan yang ditempuhi. Mereka mempunyai konsep kehidupan dengan spektrum yang luas dan digabungjalin bersama nilai syariat yang suci. Ini yang menjadikan ianya suatu kelainan dan dipandang dari sudut yang berbeza berbanding orang kebanyakkan. Orang lain melihat perkongsian itu suatu keperitan, namun meraka jadikannya kemanisan yang membingungkan setiap mata yang memandang. Orang luar sifatkan isteri terkemudian sebagai perampas, mereka menjadikan kehadirannya sebagai lengkap melengkapi sehingga terpancar tenaga sinergi yang memberi kekuatan luar biasa. Sesungguhnya, hidup ini suatu pilihan. Tergantung corak mana yang hendak dipilih. Perit, pedih, pilu adalah negetivity. Kenapa tidak jadikan kesangsaraan itu suatu peluang. Sesungguhnya Allah SWT menyukai hambaNya yang sentiasa membuat pembaikan.

Wallahua'lam

#HishamNamat
#PerundingPoligamiHarmoni

Saturday, August 18, 2018

MENUMPANG KASIH TIADA DALAM POLIGAMI HARMONI



Lazimnya isteri kedua akan sentiasa berasa seperti dia "MENUMPANG KASIH". Suamilah yang harus berperanan untuk menafikan perasaan tersebut. Jika perasaan SECOND GRADE ini tidak dapat diketepikan, maka proses membuang rasa perjudis di kalangan isteri-isteri pasti melalui jalan yang sukar. Lakukan pelbagai aktiviti dan tunjukkan kemahuan yang tinggi untuk mencapai keharmonian tersebut.

Wallahua'lam

#HishamNamat
#PerundingPoligamiHarmoni

Friday, August 10, 2018

SEBAHAGIAN REMIDI POLIGAMI ADALAH LALUAN MASA



Suatu perkara yang saya belajar dalam mengharungi laluan berliku poligami adalah "bersabar & bertahan dengan masa". Tidak semua perkara anda punyai jawapannya serta merta. Ada perkara tertentu anda harus biarkan masa yang mengubatinya. Itulah konsep "time will heal". Anda hanya perlu ada ilmu bertahan. Ibarat satu pasukan bolasepak yang underdog dalam menghadapi lawan yang jauh lebih superior; coach pasti akan menasihati pemainnya agar tumpu pada bertahan dan jangan menyerang jika tiada peluang. Matlamatnya hanyalah biar kalah dengan 2 - 0 berbanding dimalukan dengan 10 - 0. Contoh nyata dalam rumahtangga saya sendiri adalah menghilangkan sikap prasangka sesama isteri. Dalam banyak keadaan saya hanya biarkan kesilapan berlaku. Lama kelamaan kami akan belajar dan akan memahami pembelajaran tersebut hanya di hujung waktu. Setelah timbulnya kefahaman, semuanya seakan tiada masalah dan keyakinan menjadi semakin solid. Ini adalah salah satu SENI tahap tertinggi dalam ilmu #PoligamiHarmoni.

#HishamNamat
#SynergisticFamily
#PerundingPoligamiHarmoni