Monday, July 9, 2018

4 PRINSIP YANG BERGABUNG JALIN



Ini adalah prinsip dan tatacara saya kendalikan rumahtangga poligami. 4 prinsip yang saling bergabung jalin dan mengukuh di antara satu dengan yang lain. Saya tidak dikurniakan laluan mudah dalam saya memilih berpoligami. Maklumlah, saya bukan seorang ustaz walaupun sekarang ada yang mengelarkan saya sebagai ustaz. Isteri memang terdidik dengan agama tetapi kejelasan isu berpoligami; dia sama sahaja dengan kebanyakkan wanita lain. Saya tetap mendapat bangkangan berskala tinggi di awal keinginan berpoligami.

Di saat melemparkan hujah, saya tidak menggunakan agama sebagai prisai penyelamat. Tiada perkataan "Poligami adalah sunnah" yang terpacul dari bibir. Gula-gula "payung emas' tidak langsung saya gunakan. Kesemua hujah saya bersifat mudah hadam. Teori Kek Yang Manis dan Teori Synergistic Family adalah dua hujah twist yang menjadikan isteri saya speechless. Pun begitu isteri tetap juga melihat siapa saya sebelum ini dari sudut memegang pertanggungjawaban. Saya tiada berharta ketika itu. Namun kerana yakin Allah SWT tidak menjadikan kebendaan sebagai asas kejayaan berpoligami, saya teruskan juga niat tersebut. Segala daya dilaksana untuk menjayakan misi #SynergisticFamily yang amat jelas dalam benak pemikiran ini. Saya yakin dengan calon isteri 'the power of choosing' yang saya praktik tapisannya secara sistematik. Selebihnya saya bertawakkal pada Allah Yang Maha Mengetahui akan segala niat baik hamba-hambaNya.

Alhamdulillah, walaupun usia perkahwinan poligami saya belumlah lagi menjangkau 10 tahun, namun keakraban kami sekeluarga semakin menebal. Prejudice nampaknya sudah semakin meminggir dari hati isteri-isteri. Anak-anak tetap menghormati dan menjaga hati ibu tiri mereka dengan baik. Perniagaan keluarga pun seakan semakin berkembang. Buku #SolusiHarmoniBerkongsiKasih sudah semakin diterima ramai. Dengan segala apa yang telah Allah kurniakan nikmat, maka saya berlindung dariNya terhadap sebarang kejahatan luar dan dalam. Mudah-mudahan Allah Ta'ala melihara kesejahteraan kami sekeluarga. Mudah-mudahan juga #PoligamiHarmoni menjadi suatu perkara lumrah di suatu hari nanti. Amin ya Robbal A'lamin

#HishamNamat
#PerundingPoligamiHarmoni